Monday, May 21, 2007

Terima Kasih Dato` JJ


Peluang untuk belajar sambil bekerja dengan Jejak Juta Sdn Bhd milik Dato' JJ @ Dato' Jaafar Jamaluddin merupakan satu pengalaman yang amat bermakna.
Manakan tidak, Dato` banyak berkongsi pengalaman perniaagn, teknik2 berniaga dan yang paling penting bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN seperti dia !

Dato' JJ seorang yang gigih dan pemurah, tidak lokek untuk berkongsi cerita dan mengajar aku tentang selok belok perniagaan. Dato JJ seorang JUTAWAN dari KEDAH. Pernah menetap di AUSTRALIA selama 10 tahun lebih. Memiliki syarikat sendiri JEJAK JUTA Sdn.Bhd.

Dato JJ berniaga taik bintang@ meteor..simpanan METEOR yang ada kat gudang beliau adalah hampir 25tan! bayangkan! ni bukan emas..ni taik bintang..yang amat tinggi nilainya! Antara produk keluaran syarikatnya ialah Barang kemas, perhiasan, aksesori kereta mewah dan bahan ilmiah untuk pelajar dan keris Melayu yg dibuat dari METEOR..

Terima kasih Dato' di atas segalanya. Moga Allah yang dpt membalas!

* Hidup ini satu cabaran, jika kita berjaya melaluinya dengan tenang dan sabar. Maka kejayaan akan menjadi milik kita. Jika kita kecewa dan berputus asa. Kita adalah antara insan yang rugi.

Saya doakan moga Dato' murah rezeki, panjang umur dan sihat selalu di samping keluarga tercinta.

1 comment:

MIJI said...

Salam,saya Miji dan sekiranya anda berminat membaca kisah-kisah usahawan boleh pergi ke blog saya

http://blogahmadtarmzi-miji.blogspot.com