Wednesday, May 2, 2007

Mon menulis buku ???


Assalamualaikum dan salam bahagia..

Dulu masa sekolah, aku memang minat menulis ..tapi menulis karangan je lah...cikgu Khushairy ( cikgu Bahasa Melayu masa sek rendah dulu ) pernah cakap yang aku ni kuat imaginasi..sejauh mana imaginasi aku ? wallahu'alam...tapi aku mmg mudah dan suka untuk berimaginasi.

Kalau di sekolah menengah, aku lebih suka buat karangan jenis fakta berbanding cerita..aku tak pandai nak mereka-reka cerita kot..aku mmg suka menulis berdasarkan fakta...sampailah skang. Belajar di UIA pun kena menulis jugak, bezanya i have to write in English..thats all..maklumlah budak sastera...esei..assignment..exam...semua kena tulis...so...why not aku menulis something different? :)

Bila masuk internet skang ni dah jadi trend aku tengok, orang menulis untuk berniaga. Tulis tajuk mcm2, kadang2 sampai tak masuk akal. Jual pulak dgn harga sampai bepuluh malah beratus ringgit..kalau isinya elok takpa..aku tak kesah..hehee...ini ntah hape2..pandai2 la korang cari buku ape... @ dalam bahasa lain e-book..

Menulis buku bukan sesuatu yang mudah...kena perlu banyak belajar dari orang lama...tapi aku paling suka style penulisan Razzi Armansur @ Kang. Dia banyak menulis di blog dll..dan dia memang seorang penulis. Buku karya beliau banyak dalam topik perniagaan dan mlm. Penulisan dia menarik sebab kritis dan kreatif...kadang2 pedih sapa yang kena..dan direct to the point..contoh karya dia yang aku suka banyak..nak kenal dia masuk armansur.com.

Ok berbalik kepada mon yang nak jadi penulis buku..Buku apa yang aku nak tulis hah ? nak tulis buku pasal jutawan..aku blum jutawan.. ( belum..bukan tidak ),nak tulis uku motivasi aku bukan pakar motivasi, nak tulis pasal hubungan sesama manusia aku bukan belajar bidang tu...Ahhh !! pedulikan semua tu...Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, tokoh Jutawan yang aku kagumi..Belajar sampai SPM je bang..mula dengan jual beli lembu je..skarang ? fikir-fikirkan..di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

Maybe antara tajuk2 yang aku akan tulis adalah berkaitan motivasi pelajar, cara komunikasi, percintaan yang berkesan, menjadi kaya @ jutawan, dan semestinya ada karya sejarah... :)

InsyaAllah, bahan2 sedang aku kumpulkan...segalnya kerja2 dalam pembikinan lagi. Nak buat full time tak leh la dah kita ni student kan..huhu..

Apa pun doakan aku.. :)

1 comment:

shazzy said...

Hi Bro Mon,
Saya pun mempunyai azam yang sama dengan Bro Mon. Untuk menulis buku, tapi sekarang tengah cari bahan untuk tulis apa. InsyaAllah, boleh share idea nanti. All the Best to U! :-)