
Salam
Bermula dari April hingga Jun 2007, aku akan bekerja dengan PERZIM ( Perbadanan Muzum Melaka ) untuk praktikal. Maklumlah budak sejarah...Tapi syok jugak dpt keja kat melaka ni sebab aku dpt jumpak member yang study d MMU, UTEM dll..best best...
Minggu pertama aku stay di homestay Kampung Seri Tanjung,Masjid Tanah. Jauh gila nak ke tempat kerja di Bandar Hilir. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. banyangkan...6:30 pagi dah keluar rumah..perghhh...pegi penat..balik lagi penat..malam terus tdo..
Mulai minggu ni,aku tak stay sana lagi. aku decide untuk stay dgn member di Taman Dahlia, sebelah mmu, ayer keroh...gi keje naik moto kapcai honda c70 milik sapik..heheheh...selamba je..esok kul 7 pagi baru aku nak kuar rumah..tak la jauh sgt pun..
Aku ditugaskan untuk bekerja di bahagian pentadbiran, muzium yang aku kena selia ialah Muzium Islam. Untuk informasi, terdapat lebih dari 10 buah muzium dibawah PERZIM.haa..banyak siot...
Apa yang aku buat ? tiap2 hari punch kad kul 8 pagi..aku masuk office, gi minum kejap..round2 muzium check2 apa yang patut then aku ngadap pc. Skarang ni aku kena wat design poster, banner, flyers dll untuk PESTA MASAKAN WARISAN MELAKA 2007 yg akan berlansung bulan depan.
Minggu depan ada HARI MUZIUM PERINGKAT KEBANGSAAN, aku maybe akan jadi wakil MELAKA untuk pertandingan DONDANG SAYANG...Hahahaa...Pengarah nak menang..aku sahut cabaran! no problem..mesti menang punya..alahai dondang sayang...
Banyak yang aku pelajari di sini, yang pertama : pentingnya memulihara dan mengambl tahu tentang sejarah dan nilai disebalik setiap tinggalan sejarah..harus diiingat! tanpa sejarah, manusia tidak akan mengetahui dan belajar apa-apa... Kedua : masih ramai anak muda diluar sana yang jahil tentang sejarah. Bagi aku sejarha ni luas makna dan skopnya..salasilah kelaurga juga sejarah..anda pernah jatuh basikal masa darjah dua dulu...juga sejarah...pernah ditampar cikgu sekolah..juga sejarah..dan sejarah itulah yan mengajar kita menjadi lebih baik dan dewasa..
Dalam dunia pekerjaan, komunikasi antara rakan kerja adalah amat penting. Jangan pentingkan diri sendiri dan berlagak sombong..nanti semua orang tak amik peduli pasal kita lagi..last2 ko bercakap la dengan dinding..pegi makan sorang2...bila susah baru nak cari kawan...Hormat pada yang lebih tua dan redha dengan kerja yang diberi..jangan terlalu berkira..dan paling penting solat jgn lupa...alhamdulillah...aku semakin tenang praktikal..supervisor aku Akak Jie pun baik..big boss Haji Khamis pun pelawak dan mudah mesra..
Hari cuti sabtu dan ahad aku habiskan masa lepak di rumah..basuh baju..gi main golf ( dgn housemate..aku pukul sekali sekala je..hehe ), lepak tasik...dll..
Anyway,thanks to sapik,musyed and taceh..coz korang sudi terima aku lepak umah korang..main pc korang..guna dapoq nak masak ...bagi pinjam moto gi keja...dll..thanks weh ! nanti aku open table..hehehehe..
sekian dulu,nanti aku tulis lagi..
teruskan surf blog aku...hehee...thanks for support !
No comments:
Post a Comment