Seperti yang dirancangan bersama Pengarah Latihan Anice Training Centre merangkap bapak sedara aku sendiri, Program THE MAKING OF 5A bakal diadakan pada bulan Julai dan Ogos nanti di UTARA dan KL. Alhamdulillah, walaupun company kami tak popular mcm consultant lain mcm Excel ( Dr.Fadzilah Kamsah ) dll..namun kami tak menjadikan itu sebagai alasan.
Bagi aku, setiap orang ada cara tersendiri dalam mendidik dan memberi sesuatu ke arah pembangunan insan. Dua bulan yang lepas program pra percubaan ini telah berlansung di PENANG. Sambutan gila-gila daripada pelajar membuatkan kami semua bersyukur dan semakin bersemangat untuk meneruskan program seumpama ini. Hampir 500 orang join program yang lepas terdiri daripada pelajar tahun 4,5 dan 6.
Program2 seperti ni sebenaqnya salah satu daripada program2 lain anjuran ANICE. Apa pun yang pasti, THE MAKING OF 5A tahun ni aku akan handle untuk area KL. Target peserta adalah pelajar sekolah dalam kawasan Gombak dahulu. Program bakal berlansung di Dewan seminar UIA. Program aku pada kali ni akan diserikan lagi dengan penampilan khas sahabat aku, yang jugak roomate aku dulu, yang jugak seorang artis berbakat. Sapa lagi kalau bukan HAFIZ UNIC ( ex dah skang ), HAFIZ makin aktif dgn bisnes sendiri skang di samping menumpukan perhatian penuh pada pelajaran dalam bidang muzik di UITM SHAH ALAM.
Doakan aku dapat melakukan yang terbaik untuk anak bangsa, bukan kerana wang ringgit semata-mata. Memang ! Education is money....tapi kita kena ingat, kualiti juga penting dalam pekhidmatan. I will try my best...Wak ( Zulihilmi ) akan tolong akan dalam program ni.
p/s : Aku dah mula seronok untuk mendekati bebudak sekolah, rasa seronok bila dpt kongsi ilmu dan tips belajar dgn bebudak sekolah. Depa pun memang minat kat aku..katanya aku ni hensem...ahahahahahaa...wish me luck !
Wednesday, May 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment